Sunday, October 25, 2009

Long division

Sudah mahu berangkat.menghabiskan sisa-sisa masa di Segamat
Rabu ni bermula lah final exam aku.Tiada apa yg aku harapkan
selain dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik.InsyaALLAH

Kepada kawan-kawan Segamat,selamat berjaya aku ucapkan.

Kita mulakan sesuatu,kita juga akan mengakhirkannya.

Setiap yg bermula pasti ada penamatnya.

Oklah.fokus.

Wish you were here

Lagu yang indah untuk kamu yang istimewa dari aku yang
tidak seberapa.Tapi jujur untuk aku menyatakan pada kamu
bahawa aku memang larut ke dalam kamu.

Mungkin kamu takkan pernah percaya.




Fahami.rasai.hayati.jiwai.

Postcards

A great day with a great people!

Thank you the blooders!

Selain keluarga tersayang, kawan-kawan juga merupakan tulang
belakang yang banyak bersama aku di kala senang dan susah.
Aku bersyukur.

Nothing much to say cuma aku harapkan silaturahim kami
semua akan kekal sampai bila-bila.InsyaALLAH.

I love you guys!

Selamat hari lahir untuk diri sendiri.

Oklah.terima kasih semua.

Saturday, October 24, 2009

Where were they when the fun went out?

Lagi dua minggu sahaja lagi sebelum aku akan menamatkan pengajian
di UiTM Segamat.Minggu depan bermula lah peperiksaan.
Macam biasa musim peperiksaan ni penuh dgn tekanan.
Tapi takpelah ini tanggungjawab aku untuk hadapinya mahu atau tidak.
Aku harap dapat cemerlang semester ni mudah-mudahan.

Hendak mengakhiri pengajian diploma ni perasaan aku bercampur baur
Gembira,sedih,sayang,suka semuanya ada.Aku rasa bukan aku
sorang saja yang rasa perasaan ini aku pasti semua kawan-kawan
aku di Segamat juga rasa perasaan yang sama.Tipu kalau aku cakap
aku tidak sayang pada Segamat.Kawan-kawan Segamat.
Suasana kehidupan kampus di Segamat.Aku sayang.

Tapi apa pun setiap yg bermula pasti ada akhirnya.Apa yang tinggal
hanyalah kenangan sama ada pahit atau manis itu perkara biasa.

Inilah kehidupan

Friday, October 23, 2009

Tenang seketika

Aku sekarang di rumah ! tiada apa lagi yang menyesakkan dada ni
setelah melihat wajah ibu,abah dan adik-beradik yang lain.
Aku rindu mereka semua.Makan masakan ibu,berbual tentang hal
semasa dgn abah,bercerita dgn along juga melayan adik-adik
bertanyakan tentang pembelajaran mereka di sekolah.

Selain itu kawan-kawan terbaik yang pernah aku ada setakat ini.
Kawan susah dan senang,suka dan duka.
Aku rindu korang semua wehh.

Mari kita berjumpa.minum-minum.cerita itu dan ini.Banyak benda
aku nak cerita sebenarnya.tengok macam mana kalau sempat.

Kepada manusia yang tak pernah menghargai

"Good bye is always your favourite words"

Its ok.I'll be fine.