Saturday, October 24, 2009

Where were they when the fun went out?

Lagi dua minggu sahaja lagi sebelum aku akan menamatkan pengajian
di UiTM Segamat.Minggu depan bermula lah peperiksaan.
Macam biasa musim peperiksaan ni penuh dgn tekanan.
Tapi takpelah ini tanggungjawab aku untuk hadapinya mahu atau tidak.
Aku harap dapat cemerlang semester ni mudah-mudahan.

Hendak mengakhiri pengajian diploma ni perasaan aku bercampur baur
Gembira,sedih,sayang,suka semuanya ada.Aku rasa bukan aku
sorang saja yang rasa perasaan ini aku pasti semua kawan-kawan
aku di Segamat juga rasa perasaan yang sama.Tipu kalau aku cakap
aku tidak sayang pada Segamat.Kawan-kawan Segamat.
Suasana kehidupan kampus di Segamat.Aku sayang.

Tapi apa pun setiap yg bermula pasti ada akhirnya.Apa yang tinggal
hanyalah kenangan sama ada pahit atau manis itu perkara biasa.

Inilah kehidupan

No comments: