Thursday, November 12, 2009

Little Miss Sunshine


Hey there miss sunshine can you help me?

Wednesday, November 11, 2009

Selagi ada masa

Sudah beberapa hari berada di rumah.aktiviti macam biasa
sahaja.Makan,tido,menonton televisyen,mendengar lagu keluar
bersama kawan-kawan.Dulu aku selalu cakap kat kawan Segamat
selagi ada masa korang nak buat apa buatlah.Tapi jangan terbabas.

Teringat seorang kawan rumah yg tekun belajar.katanya
"Selagi ada masa net aku belajar,esok-esok takde menyesal
kemudian hari bila tengok result aku nanti"

Buat masa sekarang memang aku rasa sangat lega tamat sudah
pengajian aku di Segamat.InsyaALLAH.satu fasa kehidupan telah
aku selesai tempuhi.pengajian tiga tahun diploma.org cakap diploma
punya value dah takde sangat kan so nak taknak aku kena further
study jugak lah.So harapannya dapat lah aku sambung degree
akhir disember nanti.Tapi bukanlah jika kamu hanya punyai diploma
kamu tidak boleh bekerja ataupun berjaya.Boleh saja.Semua
terletak pada diri kamu juga rezeki dari Allah.

Aku harap ada tempat untuk aku menyambung pengajian
di peringkat ijazah nanti.InsyaALLAH.

Oklah.selamat

Monday, November 9, 2009

Kadang-kadang memang begini

Sometimes, the last thing you want comes in first,

Sometimes, the first thing you want never comes,

And I know, the waiting is all I can do,

Sometimes...
I'll put a spell on you

Datang dan pergi moga-moga berjumpa lagi

Alhamdulillah.selesai sudah pengajian aku di UiTM Segamat.
Lega dan bersyukur perjalanan diploma aku sudah berakhir.
InsyaALLAH.hari terakhir tempoh hari tidak sempat hendak
bergambar kenangan di tembok UiTM juga di simpang masuk
ke UiTM di hadapan pintu masuk.niat memang ada tapi tidak
kesampaian pula.Selepas ini tiada sebab lagi untuk aku kembali
ke Segamat.Bukan kerana aku tidak suka Segamat tetapi cukuplah
hampir tiga tahun aku di Segamat.Aku mahu merasai pengalaman
di tempat yang baru pula.Biasalah ini semua proses biasa dalam
kehidupan.datang dan pergi.

Kepada kawan-kawan Segamat, terima kasih aku ucapkan.
Minta maaf untuk salah dan silap sepanjang perkenalan kita.
InsyaALLAH kalau ada rezeki kita akan berjumpa lagi.


Nanti aku sambung cerita lagi tentang Segamat lah.Apa
yang aku rasakan,alami sepanjang tempoh pengajian disana.

Oklah.sedih pulak.
Bye!

Sunday, October 25, 2009

Long division

Sudah mahu berangkat.menghabiskan sisa-sisa masa di Segamat
Rabu ni bermula lah final exam aku.Tiada apa yg aku harapkan
selain dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik.InsyaALLAH

Kepada kawan-kawan Segamat,selamat berjaya aku ucapkan.

Kita mulakan sesuatu,kita juga akan mengakhirkannya.

Setiap yg bermula pasti ada penamatnya.

Oklah.fokus.

Wish you were here

Lagu yang indah untuk kamu yang istimewa dari aku yang
tidak seberapa.Tapi jujur untuk aku menyatakan pada kamu
bahawa aku memang larut ke dalam kamu.

Mungkin kamu takkan pernah percaya.




Fahami.rasai.hayati.jiwai.

Postcards

A great day with a great people!

Thank you the blooders!

Selain keluarga tersayang, kawan-kawan juga merupakan tulang
belakang yang banyak bersama aku di kala senang dan susah.
Aku bersyukur.

Nothing much to say cuma aku harapkan silaturahim kami
semua akan kekal sampai bila-bila.InsyaALLAH.

I love you guys!

Selamat hari lahir untuk diri sendiri.

Oklah.terima kasih semua.

Saturday, October 24, 2009

Where were they when the fun went out?

Lagi dua minggu sahaja lagi sebelum aku akan menamatkan pengajian
di UiTM Segamat.Minggu depan bermula lah peperiksaan.
Macam biasa musim peperiksaan ni penuh dgn tekanan.
Tapi takpelah ini tanggungjawab aku untuk hadapinya mahu atau tidak.
Aku harap dapat cemerlang semester ni mudah-mudahan.

Hendak mengakhiri pengajian diploma ni perasaan aku bercampur baur
Gembira,sedih,sayang,suka semuanya ada.Aku rasa bukan aku
sorang saja yang rasa perasaan ini aku pasti semua kawan-kawan
aku di Segamat juga rasa perasaan yang sama.Tipu kalau aku cakap
aku tidak sayang pada Segamat.Kawan-kawan Segamat.
Suasana kehidupan kampus di Segamat.Aku sayang.

Tapi apa pun setiap yg bermula pasti ada akhirnya.Apa yang tinggal
hanyalah kenangan sama ada pahit atau manis itu perkara biasa.

Inilah kehidupan

Friday, October 23, 2009

Tenang seketika

Aku sekarang di rumah ! tiada apa lagi yang menyesakkan dada ni
setelah melihat wajah ibu,abah dan adik-beradik yang lain.
Aku rindu mereka semua.Makan masakan ibu,berbual tentang hal
semasa dgn abah,bercerita dgn along juga melayan adik-adik
bertanyakan tentang pembelajaran mereka di sekolah.

Selain itu kawan-kawan terbaik yang pernah aku ada setakat ini.
Kawan susah dan senang,suka dan duka.
Aku rindu korang semua wehh.

Mari kita berjumpa.minum-minum.cerita itu dan ini.Banyak benda
aku nak cerita sebenarnya.tengok macam mana kalau sempat.

Kepada manusia yang tak pernah menghargai

"Good bye is always your favourite words"

Its ok.I'll be fine.

Sunday, September 27, 2009

Put your dreams to sleep

Esok aku pulang kembali ke Segamat setelah hampir dua minggu
cuti berhari raya.Memang berat rasa hati ini ingin kembali semula ke
Segamat.Alahai.

Takpelah redah sajalah.

Oklah takda apa nak tulis.takda mood ah.

Bye

Friday, September 25, 2009

Terungkai sudah ku rasa apa yang telah tercipta.




Maafkan aku kerna menyintamu
Maaf jikaku tak padan denganmu
Tapi ku berjanji
Kau juita hati
Akan ku jaga hingga akhir nanti

Maafkan aku terus memujamu
Maaf aku yang terlanjur merindu
Didalam hujan renyai
Aku mengintai langit
Mengharap engkau akan setuju
Menyintai aku....

Oklah.sekian.

Every instance in time is a journey of hope

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku dimasa akan datang.
Jadi apa yg kita boleh lakukan hanyalah berharap apa yg kita
rencanakan pada masa sekarang akan dapat kita capai dimasa
akan datang. Cuma pencapaian itu diukur dari sudut yg berbeza-beza
mengikut kehendak masing-masing.Dari situ sifat bersyukur kamu
dapat dilihat.

Ringkasnya semuanya tentang masa dan harapan.

Banyak perkara lagi yang perlu aku hadapi dan harungi.Biasalah
inilah hidup.cuma aku kurang senang bila manusia tidak tahu untuk
menghargai apa yang mereka ada.kenapa suka sia-siakan sesuatu
yang sangat bernilai untuk kamu.sebabnya kerana kamu tamak.

Orang tamak selalu rugi

Oklah.selamat

Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir&Batin kpd semua.

Semoga syawal kali ini memberi makna yg besar kpd kailan semua.

Aku pohon ampun dan maaf diatas segala kesilapan
dan kesalahan aku terhadap kamu semua selama ini.

Semoga Allah berkati kita semua.

InsyaAllah.

Assalamualaikum.

Saturday, September 19, 2009

Friday, September 18, 2009

Wishlist atau pun senarai harapan

Macam aku sekarang memang suka pakai kemeja kalau
ke mana-mana.Aku selesa mengenakan kemeja.Kalau ke
kelas sekalipun aku akan memakai kemeja sampai ramai
juga kawan-kawan menegur berkata soalan-soalan tipikal seperti

"ilias kenapa ko suka pakai kemeja eh sekarang?hari-hari
aku nampak ko pakai kemeja.kenapa eh?"

"woi ko ada presentation ke harini pakai smart2 mcm ni?"

"ko ni nak jadi mat smart apa pakai kemeja hari-hari"

"mesti ko nak placing dpn perempuan pakai kemeja semua ni kan"

"ilias,sukalah tengok ko pakai kemeja.macam abg kerja office"

hahaha.macam-macam mereka ni.aku hanya tersenyum sahaja lah.
tak terasa apa pun.cuma apa yg aku pakai memang diperhatikan
oleh orang kan.aku tidak kisah.

prinsip aku mudah.aku pakai apa yang aku suka,kena pada diri aku.
aku tak kisah orang hendak cakap apa sebab bukan mereka
yg belikan baju untuk aku pun kan.janji masih menjaga tatasusila
itu sudah cukup pada aku.dan aku tidak suka mengikut orang
lain dalam berpakaian.aku punyai citarasa sendiri dan kalau
kamu kurang senang melihat aku berpakaian aku minta maaf.

banyak pulak berbual ni so jom check it out kemeja-kemeja yg
dalam senarai harapan aku.kalau kamu mahu belikan aku kemeja
sebab kamu tak tahu nak buat apa dgn duit boleh juga.
pasti ia sangat menggembirakan hati aku,hahaha.













oh.ini hanya sekadar beberapa contoh sahaja.tapi kemeja River Island
sangatlah smart untuk dipakai.design nya lebih mengancam
jika hendak dibandingkan dgn Topman.kalau kamu tak percaya
kamu try ke klik sini atau kamu ke laman web River Island.
tapi sayangnya River Island tidak terdapat di Malaysia.kalau ada pun
baju-baju yg telah direject yg di jual di F.O.S dgn harga rm30.itupun
limited sangat.tak banyak pilihan yang ada.
di UK tersangat lah banyak outletnya.bila eh nak masuk Malaysia brand ni?

ok ni wishlist je.kalau dapat alhamdulillah kalau tak dapat
tak mengapa.oklah bye bye.

Thursday, September 17, 2009

Kalau kamu cantik, kamu memang cantik

Aku ingat lagi Hans Isaac cakap dalam rancangan Wanita Hari Ini.
kalau tak silap isunya tentang kecantikan seorang wanita dari
kaca mata lelaki.katanya

"Saya suka kan perempuan yg natural.tidak make up tebal-tebal.
cukuplah kamu minimakan solekan di muka kamu.
as simple you can be. it is more enough for me
sebab kalau kamu cantik means kamu memang cantik"
lebih kurang begitulah katanya.

Jadi aku bersetuju apa yg Hans Isaac katakan tentang kecantikan
seorang perempuan ni.Sebab aku pun suka tengok
perempuan-perempuan macam ni.tidak sarat dalam berpakaian.
solekan yang minima.pandai membawa diri.
memang boleh buat aku terpesona dgn mereka.

Orang cakap kecantikan datang dari hati yang suci senang cerita
kecantikan dalaman la kan.memang betul la tentang tu.
tapi kalau aku tidak kenal kamu mana aku tahu kecantikan
dalaman kamu.jadi aku bercakap dari apa yang mata aku nampak la kan.umum.

Memang naluri manusia suka akan kecantikan.Aku pun taknak hipokrit
sebab memang aku mahu teman wanita yang cantik.ada orang cakap
dia tak kisah kalau dapat perempuan macam mana rupa sekalipun yg
penting hatinya baik dan menerima dia seadanya.ok betullah tu.
kalau kamu tidak kisah tentang tu.sebab tu kadang-kadang kita
dapat lihat lelaki tampan dan kacak menjalin hubungan dgn perempuan
yang kurang menarik.sama juga perempuan hot nak mati menjalin
hubungan dengan mat rempit.macam pelik je tapi itulah kuasa cinta.
kadang-kadang ada juga argue dgn kawan-kawan cakap "perghh
mamat macam tu boleh dapat awek hot nak mati,gila betul"hahaha.

Macam aku belajar di IPTA awam memang aku akan jumpa
perempuan dimana-mana.kamu cakap sahaja kamu mahu perempuan
macam mana.semua ada.complete set.dari gadis kampung,
separuh bandar,urbanscapes semua ada.dari yang cantik,hot,
menawan,berkaki panjang,ayu,hot-hot tak lawa semua ada.
senang cerita terlalu ramai perempuan.tinggal nak pilih je.
tapi dalam sedar tak sedar ramai juga aku tengok bila ke kelas
wah bukan main lain lagi berpakaiannya.mcm hendak pergi
bersosial je.dasyat la mereka.dress to kill agaknya.
kalau aku cakap mereka berpakaian,bersolek begitu sebab
mahukan lelaki lihat mereka kamu setuju tak?

Pada aku,kalau kamu seorang perempuan yang cantik kamu
pakai apa pun akan nampak cantik.Cukuplah kamu besederhana.
Terus terang aku suka lihat perempuan yg memakai baju kurung.
Lagi-lagi baju kurung yg corak bunga kecil-kecil tu.Cantik sangat.
Kalau tidak memakai baju kurung cukuplah kamu memakai jeans,
baju yg ringkas tidak mendedahkan tubuh kamu,memakai selipar
atau sandal design vincci lebih kurang mcm tu.
Sebab kalau kamu memakai baju yg mendedahkan tubuh kamu
kalau aku jalan sebelah kamu memang aku akan jadi tak selesa
bila lelaki-lelaki memandang kamu.malu aku nanti.

Sebab tu sampai sekarang aku takda teman wanita kot.ramai orang
cakap aku ni memilih sangat selain daripada aku ni tak kacak.
tapi aku tidak kisah sebab ini hak aku.aku tahu apa yg aku nak.
cantik dimata kamu tak semestinya cantik dimata aku.begitu
juga sebaliknya.ia subjektif.

oklah banyak sangat dah menulis ni.nanti sambung cerita lagi.
sebelum tu nah lagu untuk perempuan cantik dimata aku :)



awak cantik.awak cantik.betul.
bye.

Wednesday, September 16, 2009

I wanna know what its like on the inside of love



i wanna know what it's like
on the inside of love
can't find my way in

anyone?

Tuesday, September 15, 2009

Lagu raya untuk tahun ini

Asssalamualaikum.mcm biasa aku update blog bila aku
pulang ke rumah.home sweet home.aku sudah bercuti untuk
berhari raya.sampai hari ahad minggu depan.nak dekat dua
minggu juga bercuti raya.biasalah dalam mood raya lah kan
waktu-waktu begini.tahun ni tiada bershopping membeli itu dan ini.
cukuplah pakai apa yang ada.

ibu cakap kat aku

"angah pakai la baju apa yg ada.tak yah beli dah.lagipun angah dah
banyak sangat baju ibu tengok.cantik-cantik lagi"

aku cakap "ok ibu"

Tapi macam biasa bila time-time nak menyambut hari raya begini
lagu-lagu raya sudah berkumandang disana sini.kalau kamu ke pusat
membeli belah pastinya terasa suasana rayanya.dari hiasan sehingga
ke barang-barang kelengkapan raya semuanya jelas menggambarkan
kemeriahan untuk menyambut syawal kali ini.

Tentang lagu raya pada aku ia sangat mempengaruhi mood dan
perasaan seseorang.yelah dalam menyanbut syawal yg akan datang
ini pasti setiap orang punyai perasaan yg berbeza-beza.
ada yg akan menyambut dengan kegembiraan kebahagiaan
namun ada juga yg bersedih.tapi ini lumrah kitaran
kehidupan manusia.cuma aku lebih suka lagu raya yang agak
sedikit mellow melodinya.atau erti kata lain lagu yg boleh
membuat kita insaf sedar akan kekurangan diri dan tidak
melupakan kedua ibu bapa yang membesarkan kita dari
kecil sehinggalah sekarang.

Pertama kali aku mendengar lagu raya koloborasi antara Raihan dan
Hujan-Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda ni aku
memang impress sgt.sayu hati bila mendengarnya.insaf.
hilang rasa ego lelaki aku ini. sgt bermakna sebab dalam hidup
ni apa pun ibu bapa adalah insan yg sgt mulia. tak terbalas budi
dan pengorbanan mereka terhadap kita anak-anak ni.
aku beri bintang penuh untuk lagu raya ini.sudah berulang kali aku
mendengarnya.tidak jemu.

waktu aku menulis entri ni pun aku sedang mendengar lagu ini.
oklah selamat mendengar




Raihan & Hujan - Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda

Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi

Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba untuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban

Tetapi baru kusedari
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pengorbananmu tiada ternilai
Hanya Tuhan kan membalasnya

Salam… Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu

Namun wajahmu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Di bibirmu kan menguntum senyum
Andainya anak-anakmu bahagia

Salam… Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Monday, August 31, 2009

sedikit gay ah disini!

Aku rasa lelaki-lelaki ni memang boleh buat perempuan tak
senang duduk bila melihat mereka.ini pada akulah.kalau kamu
perempuan rasa senang duduk bila melihat mereka itu terpulang
pada kamu lah kan.entri ini bukan untuk apa.saja je.dan aku
masih lurus.tidak bengkang bengkok.aku harap kamu semua
tidak tersalah anggap dengan aku.jadi check it out!

1st: Henry Golding(8tv quickie)

2nd:Aaron Aziz

3rd:Awal Ashaari

4th:Andy Estranged

5th:Noh Hujan

Hahaha.ok ah.sebenarnya aku tak tahu nak cakap apa.saja suka-suka
post benda ni.ini dari pandangan aku sahaja.tapi aku rasa sedikit gay
jugak post entri ni.tak de apa ah.chilling in the name of!

Saturday, August 29, 2009

jangan pernah lupakan

tiada hari yang aku lalui tanpa mengingati kamu..

aku tidak pernah lupa semua tentang kamu..

jaga diri kamu..





ku berjalan terus tanpa henti
dan dia pun kini telah pergi
ku berdoa di tengah
indahnya dunia
ku berdoa untuk dia yang kurindukan

memohon untuk tetap tinggal
dan jangan engkau pergi lagi
berselimut di tengah dingin dunia
berselimut dengan dia yang kurindukan

would it be nice to hold you ..
would it be nice to take you home..
would it be nice to kiss you..

memohon untuk tetap tinggal
dan jangan engkau pergi lagi
bernyanyilah na na na na na
bernyanyilah untuk dia yang kurindukan

would it be nice to hold you ..
would it be nice to take you home ..
would it be nice to kiss you..

jangan pernah lupakan aku
jangan hilangkan diriku
jangan pernah lupakan aku
jangan hilangkan diriku
jangan pernah lupakan aku
jangan pergi dari aku

Friday, August 28, 2009

perpeluhan

Dua minggu lepas aku bersama budak-budak rumah pergi
bermain badminton.seriously aku sekarang sudah jarang bersukan
atau mengeluarkan peluh.semakin meningkat umur ini semakin
malas pula hendak bersukan.tapi kalau kawan ajak sekali sekala
boleh lagi join.tapi apapun nasib baik badan aku masih ok.
masih sihat lagi.tak melebar.tak mengembang.ok ah tu kan.

jadi ini sedikit gambar-gambar rentetan bermain badminton di segamat.
lama gila kot cek dah tak main badminton ni.

waktu ni tengah fokus sebab bajet lee chong wei la kan.fokus.fokus

kalau regu kita kena lubuk mesti ah tak dapat tahan ketawa kan.
adoiyai

what so funny??hahaha

nak menang da kot ni.sikit lagi

pasukan lawan.budak bilik belakang.
katanya hobi bermain badminton.

ok.kami menang game ni.betul.tak tipu.
walaupun kami bukan pilihan macam mereka.

sumpah satu badan berpeluh.habis baju basah.memang penat.
lupa sekejap hal semuanya.itu dan ini.
oklah.ini sahaja.bye.

ini pun sudah memadai

tak semua perkara atau benda yang kita mahukan dalam
hidup ini kita boleh dapat.apa yang lebih penting kita bersyukur
dengan apa yang kita ada.bukankah begitu?

tak semua perkara dalam hidup ini mudah untuk kita ungkapkan
dengan kata-kata.sebab bila nak cakap hasrat itu ada tapi tak
kesampaian sebab memang lidah kelu untuk berkata-kata.

jadi simpan dalam hati.diam-diam sudah ah.

dalam hidup ini kita tak boleh lambat sebab bila kita lambat kita
akan tertinggal jadi sy selalu berharap akan jadi yg berada kena
pada masanya.tapi tak dapat ah.



Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku
Bahagia untukku

Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu
Hingga ujung waktuku

Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini
Bahagia untuk sekejap saja

Sunday, August 16, 2009

masa untuk pulang

ok masa untuk pulang ke segamat.
kembali kepada kehidupan kampus sedia kala.
banyak kerja yg perlu diselesaikan.banyak tugasan perlu disiapkan

kuatkan hati kuatkan iman.saya tidak mahu bermain
dgn perasaan lagi.memang saya tidak mahu lagi.
cukuplah.saya mahu fokus dengan apa yg saya lakukan kini.
saya mahu semester akhir ini berakhir dengan
penuh makna dalam diri ini.berhenti daripada bermimpi.realistik.

'orang yang sabar selalu menang'
percayalah.

kalau kamu mahu menjadi yg diatas pada masa sekarang
kamu ambillah tempat teratas itu pada masa ini tetapi
aku akan pastikan aku berada diatas pada masa akan datang.

oklah.bye-bye.

Saturday, August 15, 2009

resah



Nitrus-Resah

Berapa lama harus aku tunggu
Kata setuju kamu
Kau biar aku menanti pilu

Kau diam bisu buat aku keliru
Mana tuju hatimu
Usah biarku resah menunggu

Raut wajahmu bisa ditelahku
Kau masih belum tentu
Apa ada rasa dalam hatimu

Datang padaku cerita padaku
Ungkapkan rasa itu
Apa saja buat hilang ragumu

Sesungguh tak kau tahu
Diriku ada kamu
Akan ku relakan semua ada ku untukmu
Mungkin bila kau tahu
Mungkin bisa kau temui jiwaku
Usah biar terusan begitu…

Friday, August 14, 2009

it's all about a game!

kalau kamu mahu bersama dia kamu pergi sahaja
aku takkan halang apatah lagi mahu menarik muka
kamu banyak sangat berdrama itu dan ini pada aku.
kamu fikir aku mahu masuk sama dalam drama yg
kamu arahkan juga lakonkan ini?sudahlah.

kamu kata macam-macam pada aku.
kamu kata kamu sayang aku
kamu kata kamu suka aku
kamu kata kamu minat aku
kamu kata kamu mahu aku
tapi sebenarnya kamu penipu.

kamu kata kamu sedih pada aku
kamu kata kamu kecewa pada aku
kamu kata kamu hiba pada aku
kamu ni banyak drama sangatlah.

kamu ingat aku ni apa
suka hati kamu sahaja nak buat itu dan ini
kamu ingat aku tak punyai akal untuk menilai
kamu ingat aku ini hanya boneka untuk gunakan.

sebenarnya dari dulu lagi aku sudah mengerti
dari dulu lagi aku sudah fahami ini semua hanya
permainan perasaan dari kamu
dan sebab itu aku tidak perlu meratapi.
cukuplah kamu pergi lah.
biar diam yang berbicara.

semoga kamu berbahagia dengan kehidupan kamu.fullstop

Thursday, August 13, 2009

pernah

seseorang kawan bertanya kepada aku

"ilias,kau pernah rasa tak perasaan di mana kau sangat suka kepada
seseorang tu erti kata lain kau ingin bersama dgn dia tapi kau tahu
kau tak kan dapat memiliki dia?"

aku terdiam sejenak."eh! apa punya soalan ni?"kata aku didalam hati.

dan aku pun tak pasti tentang itu.sebab mungkin aku
pernah mengalami dan mungkin juga tidak.

aku balas jawapan kepada kawan aku itu.

"aku faham perasaan kau,kau minat pada perempuan tu,
kau suka dia, kau senang dengan dia,tapi kau harus fikir
kadang-kadang dalam hidup ni tak semuanya yg kau
mahukan kau akan dapat walaupun kau telah
memberikan yang terbaik.takpe mungkin bukan rezeki
kau untuk bersama dengan dia.sabar banyak-banyak.
mesti ada hikmah di atas apa yg berlaku ni"

aku tahu jauh disudut hatinya perasaan sedih menyelubungi diri.
alahai kesian.apa nak buat.takpelah kita masih muda.
banyak lagi yg perlu kita tempuhi.pasal perempuan
ni memang tak kan habis sampai bila pun.
aku taknak salahkan sesiapa dalam hal ni.
masing-masing punya kelemahan dan kekurangan.

kalau benda sebegini berlaku pada aku,
memang aku akan sedih juga.tapi kalau waktu-waktu
aku rasa "down" aku suka dengar lagu coldplay 'fix you' ni.

Coldplay-fix you

When you try your best, but you don't succeed
When you get what you want, but not what you need
When you feel so tired, but you can't sleep
Stuck in reverse

And the tears come streaming down on your face
When you lose something you can't replace
When you love someone, but it goes to waste
Could it be worse?

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

And high up above or down below
When you're too in love to let it go
If you never try you'll never know
Just what you're worth

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

Tears stream down on your face
When you lose something you cannot replace
Tears stream down on your face
And I...

Tears stream down on your face
I promise you I will learn from my mistakes
Tears stream down your face
And I...

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

oklah jangan sedih-sedih.
selamat

Wednesday, August 12, 2009

tentang kehidupan kini

Sudah agak lama tidak berbloging.ye agak lama.
hampir dua bulan.kadang-kadang rasa hendak menulis tapi malas.
kita ni kalau malas mmg tak boleh buat apa lah kan.
anyway tentang kehidupan aku kini banyak naik turunnya.
suam sejuknya.juga pahit manisnya.kehidupan kampus,
di rumah sewa,kawan-kawan yg sibuk bercerita tentang
kehebatan motor masing-masing,perempuan berseluar
pendek ketat menghisap rokok di hadapan org tuanya juga
dek bahana wabak h1n1 semuanya berlaku dalam lingkaran kehidupan ini.

ok bermula dengan kehidupan kampus.berada di semester
akhir diploma ini sibuk juga rupanya.kelas tak banyak.
empat paper je untuk semester ini.tapi tugasannya agak
menduga juga.ok jangan merungut.tak elok.
apa pun aku harapkan dapat habiskan
diploma di segamat ini dgn jayanya.insyaAllah.
tak lama dah.lebih kurang 3 bulan lagi.

Pada mulanya aku fikir menjadi pelajar non-residen ni
sgt menyusahkan,tidak menyeronokkan dan
macam-macam lagi yg kurang enak.
tapi bila sudah melaluinya kehidupan sebagai non-residen
baru aku tahu sebenarnya tidaklah seperti yg di sangkakan.
sama sahaja seperti kehidupan kolej.ada kelebihan dan
kekurangan cuma yg paling buat aku senang sekali adalah
privasinya.yelah mana ada dgr org terpekik terlolong.
pengumuman sana sini.itu buat aku rasa sgt selesa tinggal
di rumah sewa ini.makan minum biasalah
kadang-kadang masak di rumah kadang-kadang makan di luar.

Seterusnya tentang perhubungan.macam biasa aku masih bujang.
tidak terikat dgn siapa-siapa.tidak mencari cuma memerhati.haha.
lebih kepada teman rapat yg aku sgt senang sekali dengannya.
nasib baik dia juga masih bujang.jadi kami sama.tidak laku.haha.

oklah setakat ini dahulu tentang kehidupan aku kini.
nanti lah berbualtentang hal lain pula.takda apa nak diselitkan
cuma aku ada terbaca ayat yang tertulis di belakang bas london
dalam cerita apa entah aku tengok.ayatnya
'you will never forget first time'
.

selamat semua.

Friday, June 5, 2009

"the dramaqueen is death"

ok selamat semua.macam ada org je baca blog aku
yang tak best nih.ada org baca atau tidak apa aku peduli.

tajuk entri sengaja ditulis sebab tiba-tiba teringat kat
syafiq(OG).rindu pulak kat kau fiq.selalu time-time
camni ko da datang umah aku kita lepak minum
sama-sama dengan kawan-kawan yang lain.
mungkin sebab birthday kau dah dekat kot.9june.
ok aku ingat lah.mana boleh lupa hari lahir kawan
dari tadika ni.aku harap kau ok kat segamat.
ceh macam entri untuk kau pulak.dapat pulak kan.haha.

dulu aku dengan syafiq ada cerita pasal "dramaqueen" ni.
sebab apa?sebab sudah terkena.biasa lah tu bila menjalin
hubungan dgn perempuan kan.waktu tu dia terkena
so aku dengar dan bagi pendapat la kan bila "womantalk"
waktu lepak minum.mmg geram,bengang dan bangang.
aku tak nak cerita sgtla pasal "dramaqueen" ni.
aku rasa semua orang tahu.tapi memang serius tak puas hati.
so dari aku tulis buat sakit hati baik aku lantak kau la "dramaqueen"
nanti bila aku tulis atau cerita pasal "dramaqueen" nampak
sangat macam tak dapat kawal emosi ni.aku tak nak
macam tu.so keep it cool lah.

yg dah lepas biarkan ia berlalu.yang penting kita belajar
dari perkara ini untuk jadikan kita manusia lebih baik.
zaid,kawan aku yg tengah buat umrah sekarang ni ada cakap
kat aku,

"dah la yas,kau tak payah nak kusut-kusut pasal perempuan
ni,percaya lah akan datang perempuan yg lebih baik untuk kau
akan datang.bila dan siapa?itu yg kau kena sabar"

tersenyum gelak-gelak kecil bila aku dgr dia cakap.
haha.zaid zaid kau ni mmg kelakar jugak.ok.tapi mmg betul pun
apa kau cakap.so chill sahajalah.aku ok ja tapi
mmg sekarang aku tak fikir apa-apa pun pasal ni.
boleh ja teruskan hidup.nak rosakkan diri?
oh no no.itu bukan aku nak jadi bangang pasal benda-benda
macam ni.sikit-sikit consider lagi lah kan.
ok lah.

"the dramaqueen is death "

selamat.
tak da lagu nak bubuh untuk tiltle ni.
tapi aku ada google maksud dramaqueen ni.
jadi aku letak ni saja lah.

dramaqueen menurut urban dictionary:
-An annoying bitch who always feels like every insignificant
problem in her day is a disaster of Hurricane Katrina proportions.
Anyone who so much as gives her the time of day is in for an
endless session of hearing why her boyfriend is such an asshole
or how she's fat because she can't wear size 0 jeans along
with an allday crying marathon.

-An insecure person who is overly dramatic.
A whore for attention. A Curt Schilling.

-People (mostly girls) who like to blow everything totally
out of proption because they either :
a) Want to seek attention
b) Have some emotional dynsfunction and it's their duty
to make life harder for everyone around them
c) Just simple can't get ove it.

ok.dah la.cukuplah ni.kalau kamu mahu lagi,
google sendiri.
oklah selamat.!

Monday, June 1, 2009

you're such a big loser!

huh.sudah lama tidak menulis.kenapakah?entah.
malas sudah menjadi lumrah pada waktu cuti begini.
jadi terjebak pulak untuk berbelog sekali.
tetapi pada minggu lepas ada sesuatu yg buat aku rasa
puas sangat-sangat.apa lagi manchester united kalah la
dengan barcelona.bukan satu tapi dengan dua gol tanpa balas.
masih terasa lagi kemenangan barcelona ni walaupun beberapa
hari telah berlalu.cerita hangat minggu ini selain kisah akhil hayy
bersama isterinya yg menuntut penceraian dan juga
"aku skandalnya"waheeda wassini wassana.
awat dok bikin lagu tuu ustaz?

MANCHESTER UNITED = SAMPAH!
CRISTIANO RONALDO=FUCKIN LOSER!

haha.mesti kawan-kawan aku yg die hard fan MU
(terutamanya azri,amirul,O.G,buhawk) panas hati
dengan aku bila aku sampahkan pasukan kesayangan mereka.
kepada kawan-kawan tenang-tenang ya.jgn bara-bara.
terima hakikat yg pasukan kesayangan anda memang sampah.
ok sedapkan hati korang.pasukan kesayangan korang sampah
pada perlawanan akhir hari tuh.haha.

masakan tidaknya jelas sekali perlawanan berat sebelah dikuasai
barcelona.masa perlawanan 90minit.MU punye game 10minit
terawal bakinya 80minit barcelona menguasai.so barcelona
buat game dengan MU ni macam main petang-petang je.(MPPJ)
tiada apa yg perlu dirisaukan sebab kalau dilayan sampah
kita pun akan jadi sampah.betul tak?haha.
macam tu lah dengan MU.so tidak ada apa la.

okok.aku tidak mahu jadi pengulas perlawanan ataupun sebagai
penganalisis perlawanan sebab aku pun bukannya bagus sgt pun.
tapi suka hati akula nak cakap apa pun kan dari pemerhatian aku.
shebby singh lebih arif tentang analisis ini walaupun sebenarnya
myteam die pun sampah jugak waktu die jadi coach dulu.
nak cerita team org konon.aku ni asik sampahkan org pulak.
okok behave.suka hati la kan.

aku nak bercakap atau menarik perhatian sedikit tentang pemain
paling angkuh dan bongkak didalam dunia ini iaitu jatuh kepada
Cristiano Ronaldo si true bongkakness dan angkuhness.
pergh tengok muka dia pun ko mesti boleh terasa bongkak dia.
berlagak nak mampus.pergi mampus la sama kau!


"aku memang bagus pun so apa aku peduli"

haha ok.kau memang bagus pun.aku tau.kalu tak takkan
la kau dapatpemain terbaik dunia fifa kan.ok jelas.
aku tahu CR memang bagus pun. tapi malam game haritu
kau bagus 10minit je try kau masa awal-awal game je
masa-masa lain kau macam sampah yg berlari ke sana sini jugak.
sudah tidak dapat mengawal emosi mulalah kau
main kasar sana sini.habis semua orang kau tolak,
kau terjah, kau mak,i kau marah, kau fikir
kaulah segala-galanya?pergh sumpah menyirap.
camera tak habis2 zoom kat kau macam kau sorang je main.
ok malas nk panjang-panjang cerita bukannya aku dapat
apa apa pun.tapi puas hati la tengok si loser ni xdapat
perform malam game haritu.yeah!


alolo kesiannya.jangan sedih-sedih yeh.cube next time

ok dari yang sampah kita ke yg tidak sampah la atau pun memang
bagus,merendah diri, tidak berlagak, berusaha dengan gigih dan
sentiasa mencuba untuk jadi yg yg terbaik.siapa lagi kalau
bukan lionel messi.a very good boy!
ceh sebab aku suka dia habis puji menggunung.
haha tapi memang betul dia seorang pemain yg hebat yg humble.


good boy!




"kau bagi je cristiano ronaldo cium kasut kau tu"

oklah kepada kawan-kawan aku yg fanatik MU.
jangan marah aku tau.ini benda betul.fakta.ok.haha.
nanti jangan bermasam-masam muka atau tak nak ajak aku
lepak minum malam-malam sama-sama kat
pak dor.korang tetap the blooders.ok.
salahkan cristiano ronaldo sebab buat aku kutuk dia.
sebenarnya banyak lagi aku nak terjah dia macam
nas ahmad melodi.tapi tak pela nanti korang terjah aku pulak.
haha.macam mana pun MUadalah sampah.ok.nasib semata-mata.

oklah selamat.
sekian.


Monday, May 25, 2009

to be a better man

sudah beberapa hari tidak menulis.tiada mood.
banyak menghabiskan masa bersama kawan-kawan,
lepak di sana sini,bercerita itu dan ini.
biasalah tidak produktif sgt bila masa cuti-cuti begini.
padahal kalau dekat segamat bukannya aku produktif
sangat pun.pergi ke kelas dan balik ke kelas.itu sahaja lah.
tidak pandai bersosial sgt mcm org lain ke hulu ke hilir.
tapi tidak mengapalah itu bukan isunya.

jadi aku ingin luahkan tentang untuk menjadi seorang yg
lebih baik.sesuai dengan tajuk entrinya.so ini untuk aku juga.
cakap untuk diri sendiri jugak.entah kebelakangan ini aku
rasa tidak selesa tentang perasaan aku ini.tapi masih
boleh dikawal.tiada masalah.tidak buat benda-benda yg
bukan-bukan.jd tidak perlu risau.

dalam hidup ini kita sentiasa mahu untuk jadi lebih baik
dari semasa ke semasa.hari ke hari.semua orang mahu
ataupun fikir tentang hal ini.ia meliputi dari semua aspek
kehidupan.cakaplah apa sahaja.dari segi luaran mahupun
dalaman.lahiriah dan insaniah.jasmani dan rohani.
ceh melarat pula.tapi semua mahu untuk jadi lebih baik
bukan ataupun sempurna la kiranya.

sebagai contoh taraf pendidikan.semestinya kita mahu
mempunyai taraf pendidikan yg tinggi dan baik agar dapat
menjamin masa depan kita dimasa akan datang.
mahukan gaji yg besar.berkereta mewah,
punyai rumah yg selesa,pakaian yg cantik dan sepadan.
tapi ini juga bergantung kepada individu itu sendiri lah.
ada juga yg tidak kisah tentang penambahbaikan kehidupan
mereka.cukuplah dengan apa yg ada kan.

dari aspek perhubungan,pastinya semua org mahu berjaya
dalam perhubungan mereka.sama ada skop nya kecil ataupun
besar.jika org bercinta pastinya mahu hubungan cinta
mereka akan kekal sehingga ke jinjang pelamin.
membina cinta besama-sama dengan pasangan mereka.
kalau untuk org yg sudah berkahwinpastinya mahu ikatan
suami isteri mereka bersama anak-anak kekal sehingga
ke akhir hayat kan.so kita mmg hidup untuk menjadi
lebih baik dari hari ke hari.tiada manusia yg sempurna dalam
dunia ini tp kita boleh mencari kesempurnaan itu.berusahalah.

"learn from yesterday,live for today
and hope for tomorrow"

so ungkapan diatas mungkin boleh memotivasikan diri kita
untuk menjadi manusia yg lebih baik.jgn selalu negatif.
semua tidak boleh,itu dan ini ataupun banyak songeh.
mungkin sekarang kita banyak pilihan sebab tu banyak
songehnya tp bila suatu masa kita sudah tidak punyai banyak
pilihan baru tahu hendak diam mulut itu.tp aku akui aku
memang seorg yg memilih.mungkin ada baik dan buruknya.
aku tengok keadaan dan situasi lah.lagi-lagi soal memilih kekasih.
sebab tu aku bujang sampai sekarang.satu lagi faktor aku
mmg tidak tampan la kan.haha.jadi redha sahajalah.

masa untuk aku bercinta belum lagi la aku rasa.
aku pun hendak berjaya juga dalam perhubungan.
punyai seorang teman untuk berkongsi kasih dan sayang.
tp tidak mengapa kesudahan yg baik adalah utk org
yg bersabar.semoga dipertemukan dgn seorang kekasih
yg baik hati=).haha ayat sedapkan hati.

oklah panjang juga entri aku kali ini.aku tinggalkan
kalian dgn lagu dari robbie william-better man.
apa-apa pun mari kita sama-sama berusaha untuk menjadi
manusia yg lebih baik dari semua segi dari hari ke hari.
semoga berjaya.

selamat menikmati.!
kekasih yang baik hati di mana anda?

Friday, May 22, 2009

LAGU HARI INI 3

Faizal Tahir dan Rossa di AIM16.sangat memukau persembahan
mereka.thumbs up untuk mereka.lagu yg terbaik dinyanyikan
oleh penyanyi yg terbaik.kenapa sedikit emosi lagu2 yg
dimasukkan kebelakangan ini?biasalah kitaran normal manusia.

aku suka bahagian korus Rossa nyanyi lagu Coba ini.
wow.sgt impress aku rasakan.
oklah selamat menikamati!


Rossa sangat comel dan cantik lah! tp kenapa suaminya
Yoyo masih berskandal dgn wanita lain meninggalkan
Rosssa dan anaknya yg juga sama comel dgn ibunya.
pelik aku?ah apa-apa sahajalah.
kepada Rossa "i love you" =)

macam-macam

semua sudah jelas.tiada apa yg diselindungkan.
ini semua adalah salah satu daripada fasa-fasa kehidupan
yg perlu di lalui.jatuh bangun adalah asam garam kehidupan.
jadi kita perlu hadapi realitinya untuk menjadikan diri
kita lebih baik di masa akan datang.mudah-mudahan.

"Maybe God want us to meet a wrong few people
before meeting the right one,so that when we finally
whe we meet the person,we will know how to be grateful"

"Jangan tinggalkan orang yang kita sayang
untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita suka
akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang"


"you always love the one who leaves you,
and leaves the one who loves you"

huh.macam-macam.semua ayat keluar.berbual sahaja pandai.
apa-apa pun isi hidup ini dengan seadanya lah.
masih ada keluarga tercinta,kawan-kawan terbaik.
itu lebih penting bukan.

ok semua.selamat.