Friday, September 18, 2009

Wishlist atau pun senarai harapan

Macam aku sekarang memang suka pakai kemeja kalau
ke mana-mana.Aku selesa mengenakan kemeja.Kalau ke
kelas sekalipun aku akan memakai kemeja sampai ramai
juga kawan-kawan menegur berkata soalan-soalan tipikal seperti

"ilias kenapa ko suka pakai kemeja eh sekarang?hari-hari
aku nampak ko pakai kemeja.kenapa eh?"

"woi ko ada presentation ke harini pakai smart2 mcm ni?"

"ko ni nak jadi mat smart apa pakai kemeja hari-hari"

"mesti ko nak placing dpn perempuan pakai kemeja semua ni kan"

"ilias,sukalah tengok ko pakai kemeja.macam abg kerja office"

hahaha.macam-macam mereka ni.aku hanya tersenyum sahaja lah.
tak terasa apa pun.cuma apa yg aku pakai memang diperhatikan
oleh orang kan.aku tidak kisah.

prinsip aku mudah.aku pakai apa yang aku suka,kena pada diri aku.
aku tak kisah orang hendak cakap apa sebab bukan mereka
yg belikan baju untuk aku pun kan.janji masih menjaga tatasusila
itu sudah cukup pada aku.dan aku tidak suka mengikut orang
lain dalam berpakaian.aku punyai citarasa sendiri dan kalau
kamu kurang senang melihat aku berpakaian aku minta maaf.

banyak pulak berbual ni so jom check it out kemeja-kemeja yg
dalam senarai harapan aku.kalau kamu mahu belikan aku kemeja
sebab kamu tak tahu nak buat apa dgn duit boleh juga.
pasti ia sangat menggembirakan hati aku,hahaha.













oh.ini hanya sekadar beberapa contoh sahaja.tapi kemeja River Island
sangatlah smart untuk dipakai.design nya lebih mengancam
jika hendak dibandingkan dgn Topman.kalau kamu tak percaya
kamu try ke klik sini atau kamu ke laman web River Island.
tapi sayangnya River Island tidak terdapat di Malaysia.kalau ada pun
baju-baju yg telah direject yg di jual di F.O.S dgn harga rm30.itupun
limited sangat.tak banyak pilihan yang ada.
di UK tersangat lah banyak outletnya.bila eh nak masuk Malaysia brand ni?

ok ni wishlist je.kalau dapat alhamdulillah kalau tak dapat
tak mengapa.oklah bye bye.

No comments: