Thursday, September 17, 2009

Kalau kamu cantik, kamu memang cantik

Aku ingat lagi Hans Isaac cakap dalam rancangan Wanita Hari Ini.
kalau tak silap isunya tentang kecantikan seorang wanita dari
kaca mata lelaki.katanya

"Saya suka kan perempuan yg natural.tidak make up tebal-tebal.
cukuplah kamu minimakan solekan di muka kamu.
as simple you can be. it is more enough for me
sebab kalau kamu cantik means kamu memang cantik"
lebih kurang begitulah katanya.

Jadi aku bersetuju apa yg Hans Isaac katakan tentang kecantikan
seorang perempuan ni.Sebab aku pun suka tengok
perempuan-perempuan macam ni.tidak sarat dalam berpakaian.
solekan yang minima.pandai membawa diri.
memang boleh buat aku terpesona dgn mereka.

Orang cakap kecantikan datang dari hati yang suci senang cerita
kecantikan dalaman la kan.memang betul la tentang tu.
tapi kalau aku tidak kenal kamu mana aku tahu kecantikan
dalaman kamu.jadi aku bercakap dari apa yang mata aku nampak la kan.umum.

Memang naluri manusia suka akan kecantikan.Aku pun taknak hipokrit
sebab memang aku mahu teman wanita yang cantik.ada orang cakap
dia tak kisah kalau dapat perempuan macam mana rupa sekalipun yg
penting hatinya baik dan menerima dia seadanya.ok betullah tu.
kalau kamu tidak kisah tentang tu.sebab tu kadang-kadang kita
dapat lihat lelaki tampan dan kacak menjalin hubungan dgn perempuan
yang kurang menarik.sama juga perempuan hot nak mati menjalin
hubungan dengan mat rempit.macam pelik je tapi itulah kuasa cinta.
kadang-kadang ada juga argue dgn kawan-kawan cakap "perghh
mamat macam tu boleh dapat awek hot nak mati,gila betul"hahaha.

Macam aku belajar di IPTA awam memang aku akan jumpa
perempuan dimana-mana.kamu cakap sahaja kamu mahu perempuan
macam mana.semua ada.complete set.dari gadis kampung,
separuh bandar,urbanscapes semua ada.dari yang cantik,hot,
menawan,berkaki panjang,ayu,hot-hot tak lawa semua ada.
senang cerita terlalu ramai perempuan.tinggal nak pilih je.
tapi dalam sedar tak sedar ramai juga aku tengok bila ke kelas
wah bukan main lain lagi berpakaiannya.mcm hendak pergi
bersosial je.dasyat la mereka.dress to kill agaknya.
kalau aku cakap mereka berpakaian,bersolek begitu sebab
mahukan lelaki lihat mereka kamu setuju tak?

Pada aku,kalau kamu seorang perempuan yang cantik kamu
pakai apa pun akan nampak cantik.Cukuplah kamu besederhana.
Terus terang aku suka lihat perempuan yg memakai baju kurung.
Lagi-lagi baju kurung yg corak bunga kecil-kecil tu.Cantik sangat.
Kalau tidak memakai baju kurung cukuplah kamu memakai jeans,
baju yg ringkas tidak mendedahkan tubuh kamu,memakai selipar
atau sandal design vincci lebih kurang mcm tu.
Sebab kalau kamu memakai baju yg mendedahkan tubuh kamu
kalau aku jalan sebelah kamu memang aku akan jadi tak selesa
bila lelaki-lelaki memandang kamu.malu aku nanti.

Sebab tu sampai sekarang aku takda teman wanita kot.ramai orang
cakap aku ni memilih sangat selain daripada aku ni tak kacak.
tapi aku tidak kisah sebab ini hak aku.aku tahu apa yg aku nak.
cantik dimata kamu tak semestinya cantik dimata aku.begitu
juga sebaliknya.ia subjektif.

oklah banyak sangat dah menulis ni.nanti sambung cerita lagi.
sebelum tu nah lagu untuk perempuan cantik dimata aku :)



awak cantik.awak cantik.betul.
bye.

No comments: