Sunday, September 27, 2009

Put your dreams to sleep

Esok aku pulang kembali ke Segamat setelah hampir dua minggu
cuti berhari raya.Memang berat rasa hati ini ingin kembali semula ke
Segamat.Alahai.

Takpelah redah sajalah.

Oklah takda apa nak tulis.takda mood ah.

Bye

Friday, September 25, 2009

Terungkai sudah ku rasa apa yang telah tercipta.




Maafkan aku kerna menyintamu
Maaf jikaku tak padan denganmu
Tapi ku berjanji
Kau juita hati
Akan ku jaga hingga akhir nanti

Maafkan aku terus memujamu
Maaf aku yang terlanjur merindu
Didalam hujan renyai
Aku mengintai langit
Mengharap engkau akan setuju
Menyintai aku....

Oklah.sekian.

Every instance in time is a journey of hope

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku dimasa akan datang.
Jadi apa yg kita boleh lakukan hanyalah berharap apa yg kita
rencanakan pada masa sekarang akan dapat kita capai dimasa
akan datang. Cuma pencapaian itu diukur dari sudut yg berbeza-beza
mengikut kehendak masing-masing.Dari situ sifat bersyukur kamu
dapat dilihat.

Ringkasnya semuanya tentang masa dan harapan.

Banyak perkara lagi yang perlu aku hadapi dan harungi.Biasalah
inilah hidup.cuma aku kurang senang bila manusia tidak tahu untuk
menghargai apa yang mereka ada.kenapa suka sia-siakan sesuatu
yang sangat bernilai untuk kamu.sebabnya kerana kamu tamak.

Orang tamak selalu rugi

Oklah.selamat

Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir&Batin kpd semua.

Semoga syawal kali ini memberi makna yg besar kpd kailan semua.

Aku pohon ampun dan maaf diatas segala kesilapan
dan kesalahan aku terhadap kamu semua selama ini.

Semoga Allah berkati kita semua.

InsyaAllah.

Assalamualaikum.

Saturday, September 19, 2009

Friday, September 18, 2009

Wishlist atau pun senarai harapan

Macam aku sekarang memang suka pakai kemeja kalau
ke mana-mana.Aku selesa mengenakan kemeja.Kalau ke
kelas sekalipun aku akan memakai kemeja sampai ramai
juga kawan-kawan menegur berkata soalan-soalan tipikal seperti

"ilias kenapa ko suka pakai kemeja eh sekarang?hari-hari
aku nampak ko pakai kemeja.kenapa eh?"

"woi ko ada presentation ke harini pakai smart2 mcm ni?"

"ko ni nak jadi mat smart apa pakai kemeja hari-hari"

"mesti ko nak placing dpn perempuan pakai kemeja semua ni kan"

"ilias,sukalah tengok ko pakai kemeja.macam abg kerja office"

hahaha.macam-macam mereka ni.aku hanya tersenyum sahaja lah.
tak terasa apa pun.cuma apa yg aku pakai memang diperhatikan
oleh orang kan.aku tidak kisah.

prinsip aku mudah.aku pakai apa yang aku suka,kena pada diri aku.
aku tak kisah orang hendak cakap apa sebab bukan mereka
yg belikan baju untuk aku pun kan.janji masih menjaga tatasusila
itu sudah cukup pada aku.dan aku tidak suka mengikut orang
lain dalam berpakaian.aku punyai citarasa sendiri dan kalau
kamu kurang senang melihat aku berpakaian aku minta maaf.

banyak pulak berbual ni so jom check it out kemeja-kemeja yg
dalam senarai harapan aku.kalau kamu mahu belikan aku kemeja
sebab kamu tak tahu nak buat apa dgn duit boleh juga.
pasti ia sangat menggembirakan hati aku,hahaha.













oh.ini hanya sekadar beberapa contoh sahaja.tapi kemeja River Island
sangatlah smart untuk dipakai.design nya lebih mengancam
jika hendak dibandingkan dgn Topman.kalau kamu tak percaya
kamu try ke klik sini atau kamu ke laman web River Island.
tapi sayangnya River Island tidak terdapat di Malaysia.kalau ada pun
baju-baju yg telah direject yg di jual di F.O.S dgn harga rm30.itupun
limited sangat.tak banyak pilihan yang ada.
di UK tersangat lah banyak outletnya.bila eh nak masuk Malaysia brand ni?

ok ni wishlist je.kalau dapat alhamdulillah kalau tak dapat
tak mengapa.oklah bye bye.

Thursday, September 17, 2009

Kalau kamu cantik, kamu memang cantik

Aku ingat lagi Hans Isaac cakap dalam rancangan Wanita Hari Ini.
kalau tak silap isunya tentang kecantikan seorang wanita dari
kaca mata lelaki.katanya

"Saya suka kan perempuan yg natural.tidak make up tebal-tebal.
cukuplah kamu minimakan solekan di muka kamu.
as simple you can be. it is more enough for me
sebab kalau kamu cantik means kamu memang cantik"
lebih kurang begitulah katanya.

Jadi aku bersetuju apa yg Hans Isaac katakan tentang kecantikan
seorang perempuan ni.Sebab aku pun suka tengok
perempuan-perempuan macam ni.tidak sarat dalam berpakaian.
solekan yang minima.pandai membawa diri.
memang boleh buat aku terpesona dgn mereka.

Orang cakap kecantikan datang dari hati yang suci senang cerita
kecantikan dalaman la kan.memang betul la tentang tu.
tapi kalau aku tidak kenal kamu mana aku tahu kecantikan
dalaman kamu.jadi aku bercakap dari apa yang mata aku nampak la kan.umum.

Memang naluri manusia suka akan kecantikan.Aku pun taknak hipokrit
sebab memang aku mahu teman wanita yang cantik.ada orang cakap
dia tak kisah kalau dapat perempuan macam mana rupa sekalipun yg
penting hatinya baik dan menerima dia seadanya.ok betullah tu.
kalau kamu tidak kisah tentang tu.sebab tu kadang-kadang kita
dapat lihat lelaki tampan dan kacak menjalin hubungan dgn perempuan
yang kurang menarik.sama juga perempuan hot nak mati menjalin
hubungan dengan mat rempit.macam pelik je tapi itulah kuasa cinta.
kadang-kadang ada juga argue dgn kawan-kawan cakap "perghh
mamat macam tu boleh dapat awek hot nak mati,gila betul"hahaha.

Macam aku belajar di IPTA awam memang aku akan jumpa
perempuan dimana-mana.kamu cakap sahaja kamu mahu perempuan
macam mana.semua ada.complete set.dari gadis kampung,
separuh bandar,urbanscapes semua ada.dari yang cantik,hot,
menawan,berkaki panjang,ayu,hot-hot tak lawa semua ada.
senang cerita terlalu ramai perempuan.tinggal nak pilih je.
tapi dalam sedar tak sedar ramai juga aku tengok bila ke kelas
wah bukan main lain lagi berpakaiannya.mcm hendak pergi
bersosial je.dasyat la mereka.dress to kill agaknya.
kalau aku cakap mereka berpakaian,bersolek begitu sebab
mahukan lelaki lihat mereka kamu setuju tak?

Pada aku,kalau kamu seorang perempuan yang cantik kamu
pakai apa pun akan nampak cantik.Cukuplah kamu besederhana.
Terus terang aku suka lihat perempuan yg memakai baju kurung.
Lagi-lagi baju kurung yg corak bunga kecil-kecil tu.Cantik sangat.
Kalau tidak memakai baju kurung cukuplah kamu memakai jeans,
baju yg ringkas tidak mendedahkan tubuh kamu,memakai selipar
atau sandal design vincci lebih kurang mcm tu.
Sebab kalau kamu memakai baju yg mendedahkan tubuh kamu
kalau aku jalan sebelah kamu memang aku akan jadi tak selesa
bila lelaki-lelaki memandang kamu.malu aku nanti.

Sebab tu sampai sekarang aku takda teman wanita kot.ramai orang
cakap aku ni memilih sangat selain daripada aku ni tak kacak.
tapi aku tidak kisah sebab ini hak aku.aku tahu apa yg aku nak.
cantik dimata kamu tak semestinya cantik dimata aku.begitu
juga sebaliknya.ia subjektif.

oklah banyak sangat dah menulis ni.nanti sambung cerita lagi.
sebelum tu nah lagu untuk perempuan cantik dimata aku :)



awak cantik.awak cantik.betul.
bye.

Wednesday, September 16, 2009

I wanna know what its like on the inside of love



i wanna know what it's like
on the inside of love
can't find my way in

anyone?

Tuesday, September 15, 2009

Lagu raya untuk tahun ini

Asssalamualaikum.mcm biasa aku update blog bila aku
pulang ke rumah.home sweet home.aku sudah bercuti untuk
berhari raya.sampai hari ahad minggu depan.nak dekat dua
minggu juga bercuti raya.biasalah dalam mood raya lah kan
waktu-waktu begini.tahun ni tiada bershopping membeli itu dan ini.
cukuplah pakai apa yang ada.

ibu cakap kat aku

"angah pakai la baju apa yg ada.tak yah beli dah.lagipun angah dah
banyak sangat baju ibu tengok.cantik-cantik lagi"

aku cakap "ok ibu"

Tapi macam biasa bila time-time nak menyambut hari raya begini
lagu-lagu raya sudah berkumandang disana sini.kalau kamu ke pusat
membeli belah pastinya terasa suasana rayanya.dari hiasan sehingga
ke barang-barang kelengkapan raya semuanya jelas menggambarkan
kemeriahan untuk menyambut syawal kali ini.

Tentang lagu raya pada aku ia sangat mempengaruhi mood dan
perasaan seseorang.yelah dalam menyanbut syawal yg akan datang
ini pasti setiap orang punyai perasaan yg berbeza-beza.
ada yg akan menyambut dengan kegembiraan kebahagiaan
namun ada juga yg bersedih.tapi ini lumrah kitaran
kehidupan manusia.cuma aku lebih suka lagu raya yang agak
sedikit mellow melodinya.atau erti kata lain lagu yg boleh
membuat kita insaf sedar akan kekurangan diri dan tidak
melupakan kedua ibu bapa yang membesarkan kita dari
kecil sehinggalah sekarang.

Pertama kali aku mendengar lagu raya koloborasi antara Raihan dan
Hujan-Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda ni aku
memang impress sgt.sayu hati bila mendengarnya.insaf.
hilang rasa ego lelaki aku ini. sgt bermakna sebab dalam hidup
ni apa pun ibu bapa adalah insan yg sgt mulia. tak terbalas budi
dan pengorbanan mereka terhadap kita anak-anak ni.
aku beri bintang penuh untuk lagu raya ini.sudah berulang kali aku
mendengarnya.tidak jemu.

waktu aku menulis entri ni pun aku sedang mendengar lagu ini.
oklah selamat mendengar




Raihan & Hujan - Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda

Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi

Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba untuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban

Tetapi baru kusedari
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pengorbananmu tiada ternilai
Hanya Tuhan kan membalasnya

Salam… Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu

Namun wajahmu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Di bibirmu kan menguntum senyum
Andainya anak-anakmu bahagia

Salam… Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti