Monday, May 25, 2009

to be a better man

sudah beberapa hari tidak menulis.tiada mood.
banyak menghabiskan masa bersama kawan-kawan,
lepak di sana sini,bercerita itu dan ini.
biasalah tidak produktif sgt bila masa cuti-cuti begini.
padahal kalau dekat segamat bukannya aku produktif
sangat pun.pergi ke kelas dan balik ke kelas.itu sahaja lah.
tidak pandai bersosial sgt mcm org lain ke hulu ke hilir.
tapi tidak mengapalah itu bukan isunya.

jadi aku ingin luahkan tentang untuk menjadi seorang yg
lebih baik.sesuai dengan tajuk entrinya.so ini untuk aku juga.
cakap untuk diri sendiri jugak.entah kebelakangan ini aku
rasa tidak selesa tentang perasaan aku ini.tapi masih
boleh dikawal.tiada masalah.tidak buat benda-benda yg
bukan-bukan.jd tidak perlu risau.

dalam hidup ini kita sentiasa mahu untuk jadi lebih baik
dari semasa ke semasa.hari ke hari.semua orang mahu
ataupun fikir tentang hal ini.ia meliputi dari semua aspek
kehidupan.cakaplah apa sahaja.dari segi luaran mahupun
dalaman.lahiriah dan insaniah.jasmani dan rohani.
ceh melarat pula.tapi semua mahu untuk jadi lebih baik
bukan ataupun sempurna la kiranya.

sebagai contoh taraf pendidikan.semestinya kita mahu
mempunyai taraf pendidikan yg tinggi dan baik agar dapat
menjamin masa depan kita dimasa akan datang.
mahukan gaji yg besar.berkereta mewah,
punyai rumah yg selesa,pakaian yg cantik dan sepadan.
tapi ini juga bergantung kepada individu itu sendiri lah.
ada juga yg tidak kisah tentang penambahbaikan kehidupan
mereka.cukuplah dengan apa yg ada kan.

dari aspek perhubungan,pastinya semua org mahu berjaya
dalam perhubungan mereka.sama ada skop nya kecil ataupun
besar.jika org bercinta pastinya mahu hubungan cinta
mereka akan kekal sehingga ke jinjang pelamin.
membina cinta besama-sama dengan pasangan mereka.
kalau untuk org yg sudah berkahwinpastinya mahu ikatan
suami isteri mereka bersama anak-anak kekal sehingga
ke akhir hayat kan.so kita mmg hidup untuk menjadi
lebih baik dari hari ke hari.tiada manusia yg sempurna dalam
dunia ini tp kita boleh mencari kesempurnaan itu.berusahalah.

"learn from yesterday,live for today
and hope for tomorrow"

so ungkapan diatas mungkin boleh memotivasikan diri kita
untuk menjadi manusia yg lebih baik.jgn selalu negatif.
semua tidak boleh,itu dan ini ataupun banyak songeh.
mungkin sekarang kita banyak pilihan sebab tu banyak
songehnya tp bila suatu masa kita sudah tidak punyai banyak
pilihan baru tahu hendak diam mulut itu.tp aku akui aku
memang seorg yg memilih.mungkin ada baik dan buruknya.
aku tengok keadaan dan situasi lah.lagi-lagi soal memilih kekasih.
sebab tu aku bujang sampai sekarang.satu lagi faktor aku
mmg tidak tampan la kan.haha.jadi redha sahajalah.

masa untuk aku bercinta belum lagi la aku rasa.
aku pun hendak berjaya juga dalam perhubungan.
punyai seorang teman untuk berkongsi kasih dan sayang.
tp tidak mengapa kesudahan yg baik adalah utk org
yg bersabar.semoga dipertemukan dgn seorang kekasih
yg baik hati=).haha ayat sedapkan hati.

oklah panjang juga entri aku kali ini.aku tinggalkan
kalian dgn lagu dari robbie william-better man.
apa-apa pun mari kita sama-sama berusaha untuk menjadi
manusia yg lebih baik dari semua segi dari hari ke hari.
semoga berjaya.

selamat menikmati.!
kekasih yang baik hati di mana anda?

Friday, May 22, 2009

LAGU HARI INI 3

Faizal Tahir dan Rossa di AIM16.sangat memukau persembahan
mereka.thumbs up untuk mereka.lagu yg terbaik dinyanyikan
oleh penyanyi yg terbaik.kenapa sedikit emosi lagu2 yg
dimasukkan kebelakangan ini?biasalah kitaran normal manusia.

aku suka bahagian korus Rossa nyanyi lagu Coba ini.
wow.sgt impress aku rasakan.
oklah selamat menikamati!


Rossa sangat comel dan cantik lah! tp kenapa suaminya
Yoyo masih berskandal dgn wanita lain meninggalkan
Rosssa dan anaknya yg juga sama comel dgn ibunya.
pelik aku?ah apa-apa sahajalah.
kepada Rossa "i love you" =)

macam-macam

semua sudah jelas.tiada apa yg diselindungkan.
ini semua adalah salah satu daripada fasa-fasa kehidupan
yg perlu di lalui.jatuh bangun adalah asam garam kehidupan.
jadi kita perlu hadapi realitinya untuk menjadikan diri
kita lebih baik di masa akan datang.mudah-mudahan.

"Maybe God want us to meet a wrong few people
before meeting the right one,so that when we finally
whe we meet the person,we will know how to be grateful"

"Jangan tinggalkan orang yang kita sayang
untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita suka
akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang"


"you always love the one who leaves you,
and leaves the one who loves you"

huh.macam-macam.semua ayat keluar.berbual sahaja pandai.
apa-apa pun isi hidup ini dengan seadanya lah.
masih ada keluarga tercinta,kawan-kawan terbaik.
itu lebih penting bukan.

ok semua.selamat.

Wednesday, May 20, 2009

kadang kala aku jadi begini kerana perihal ini

jadi begini=manusia bodoh
perihal ini=cinta

tiba-tiba sahaja terlintas difikiran tentang benda sebegini.
kadang-kadang malas hendak melayan tetapi mahu atau tidak
ia tetap akan datang bukan tanpa kita sedari.

oklah malas hendak cakap banyak.kamu saksikan video ini.
dari ada band-manusia bodoh.fahami,rasai dan dalami.
jika tidak kamu pedulikan sahaja ok.



kasihan dengan si badut itu.
haih sudah nasib agaknya.

oklah sekian.

LAGU HARI INI 2

Ahmad Dhani bersama band projeknya The Rock.
sememangnya Ahmad Dhani sgt bijak menggubah
lagu-lagu indah seperti lagu ini.ok mari menikmati
lagu ini.semoga dipertemukan dgn kekasih yg baek hati=)



The Rock : Munajat Cinta

ENTRI BEBAS 1

ok aku ingin berkongsi sedikit pandangan tentang
dunia fesyen dari pandangan aku yg cetek pengetahuan
ini tentang fesyen.sahaja suka-suka hendak menulis.
jadi aku pilih fesyen sebagai tajuk pertama untuk
entri bebas aku yg pertama sebab ia begitu dekat
dengan kehidupan kita bukan.apa yg kita pakai.
cantik atau tidak kena atau tidak pedulikan.

ok aku mulakan dengan aku bahagikan fesyen ini kepada
dua.fesyen lelaki dan juga fesyen perempuan.
aku ingin berbicara tentang kaum lelaki punya fesyen
sahaja lah sebab kaum wanita aku kurang arif sedikit.
nanti aku kena baling kasut tumit tinggi dengan mereka.
disini aku masukkan juga pengaruh muzik dalam cara
mereka berpakaian kerana kumpulan muzik juga memainkan
pengaruh yang besar kepada perkembangan fesyen.

aku lahir pada lewat tahun 80an iaitu tahun 88 jadi
siapa yg lahir sama tahun dgn aku mari angkat tangan bersama.
ketika era ini jelas sekali zaman kegemilangan rock kapak.
bukan rock pistol mahupun rock pedang.kumpulan seperti
wings,search,lefthanded begitu dekat di kalangan kita pada
ketika ini.bapa-bapa kita pastinya masih mengingati zaman
ketika mereka memakai jaket kulit, berseluar jeans ketat,
kadangkala koyak disana sini,memakai kie keluar berjalan
di bandar-bandar.mungkin bapa kamu tidak begitu.
jika tidak pedulikan sahaja.

kumpulan rock lagenda search.style bukan mereka?

seterusnya kita beralih ke awal 90-an dimana pd zaman
ini dapat disaksikan ledakan fesyen sudah berubah.
pada masa ini adalah masa dimana ledakan muzik
grunge ataupun band-band dari Seattle menunjukkan
taring mereka.band seperti nirvana,sebadoh,dinasour jr,
mudhoney jelas begitu dekat dengan muda-mudi pada ketika ini.
pemakaian mereka ringkas sahaja.cukuplah berkasut converse,
berseluar jeans lusuh koyak rabak di sana sini,
berkemeja checkers,ataupun hanya bertshirt biasa sahaja.
rambut tidak terurus ataupun lebih senang berambut panjang.
mandi atau tidak itu aku tidak tahu.jadi pedulikan.

pada ketika ini jelas kurt cobain menjadi inspirasi golongan
muda mudi.grunge adalah muzik yg bising,bingit,kotor bunyinya.
di arena tempatan band grunge seperti butterfingers,bloodymary
,servant jamm,battlegrounds sudah mendapat tempat
dikalangan peminat musik underground pada ketika itu.


"i hate myself and i want to die-kurt cobain"


nirvana mengikut sahsiah rupa diri.haha!

ketika ini juga adalah masa dimana perkembangan kumpulan
boybands seperti backstreetboys, nsync,911,westlife,
98degrees,otown,
hanson dan banyak lagi.aku juga terjebak
dengan lagu-lagu mereka.biasalah proses pembesaran.
jika kamu tidak terjebak,pedulikan ok.

seterusnya era millenium iaitu awal 2000.seiring dengan
teknologi yg semakin maju dunia fesyen turut dipengaruhi
dgn kemajuan itu.pada ketika ini muzik hip hop dan rnb
sedang menguasai.cara berpakaian semua yg besar-besar
mereka suka pakai.atau erti kata lain berbaju fubu bersaiz XXL,
berseluar baggie londeh hingga menampakkan alur punggung,
berkasut besar rabak.memakai topi pasukan baseball
amerika syarikat seperti NY,lakers,dallas.


yo!~ yo!~ what up what up!

kita beralih kepada trend fesyen pada masa sekarang iaitu 2009.
aku tidakla arif sgt tapi dari pandangan aku sekarang
adalah pertembungan fesyen antara baru dan lama.
ada yg memilh untuk berpakaian cara org lame
dan ada juga yg memilih utk berpakaian mengikut trend terkini.
sememangnya subjektif tentang fesyen ini.
sekarang jika dapat kita lihat golongan hipster
banyak mempengaruhiperkembangan fesyen kini.
anda juga mungkin tergolong dalam golongan ini.
untuk maklumat lanjut sila klik sini







ini mungkin sahaja sekadar contoh.aku tidak spesifikkan
ia terhadap apa-apa. terpulang kepada masing-masing
mengikut citarasa anda untukberpakaian.jadi terpulanglah,
tepuk dada tanya selera.ok.jika tidak sama dengan apa yg
aku tulis ini pedulikan saja.sebenarnya banyak lagi yg aku
ingin tulis tapi tidak mengapa lah.nanti kita berbicara lagi

ok kita bertemu lagi di lain masa,
selamat!

Tuesday, May 19, 2009

LAGU HARI INI 1

Beraksi di hadapan bapak presiden Amerika Syarikat,
Barack Obama sambil disaksikan puluhan ribu rakyat jelata.
U2 kumpulan rock dari Dublin,Ireland adalah kumpulan muzik
yg hebat dan punyai pengaruhnya di serata dunia.
Selamat menikmati!



U2 : City Of Blinding Lights Live ( Obama Inaugural Celebration)

sedikit madah.

bertemu lagi.kali ini tiada apa pun cuma
sedikit ungkapan yang aku terbaca diblog orang.
die punya headline la kiranya.

"Life without love is like a tree without blossoms or fruit"

bagaimana dengan pendapat anda tentang ini?
mungkin belum lagi masanya untuk pokok itu berbuah.jadi

"livin life to the fullest" sahajalah.

oklah.selamat!

mungkin pokok tandus ini kot menggambarkan tentang frasa itu.
ahh tidak kisah la kan.layankan saja.

entri kedua.

huh.sudah beberapa hari tidak menulis entri baru.
mula-mula sahaja bersemangat nak menulis ketika
waktu baru membuat blog tempoh hari.ceh.jangkaan
aku meleset rupanya.sebabnya malas.itu sahaja.

inipun aku gagahkan diri sahaja untuk menulis.
sebenarnya tiada apa yg menarik untuk ditulis.
tiada apa yang hendak dikongsikan cuma minggu lepas
ada konsert akhir af(haha aku layan juga af ni).habistu
kalau sudah duduk dirumah apa mahu bikin lagi.
jadi jika tidak keluar minum bersama kawan-kawan
bercerita hal dunia itu dan ini,aku banyak menghabiskan
masa di rumah sahaja.home sweet home.

berbalik kpd konsert af pd hari sabtu minggu lepas
sebenarnya aku tidak menonton pun siarannya
kerana aku ke rumah kawan ade kenduri doa selamat.
kawan aku sekeluarga mahu mengerjakan ibadah umrah.
selamat berangkat kepada zaid sekeluarga.semoga ibadah
umrah mereka sekeluarga diberkati Allah.InsyaAllah.

selepas ke rumahnya,kami semua lepak minum spt biasa
di tempat biasa sambil menyaksikan panorama kuala lumpur.
kali ini macam reunion pun ade.ramai.semua kawan-kawan
tebaik aku ada bersama.kecuali beberapa orang iaitu
kawan-kawan politeknik yg sedang menghadapi peperiksaan.
kepada mereka selamat berjaya aku ucapkan.
nanti cuti kita lepak ramai-ramai.ok?

seterusnya aku bersama teman ke bukit langat ataupun
lebih mudah jalan hendak ke hulu langat dari ampang.
ada satu kawasan yg menjadi tumpuan dimana
dari bukit itu kita dapat melihat panorama malam
kuala lumpur dengan sangat jelas.pastinya kawasan ini
sangat popular apabila adanya acara bunga api di ibu kota.
tapi sedikit cela kerana terlalu ramai org di sana.
sudah macam tempat berpesta.mat rempit disana sini
yg berkereta lagi.sangat ramai.kami disana tidak lama.
dalam 30minit sahaja.tidak selesa pula untuk lepak disitu.

seterusnya sebelum pulang ke rumah,kami mengambil keputusan
untuk ke bandar kuala lumpur.sudah lama tidak melihat
gelagat malam warga kota.last sekali aku bersama teman-teman
melihat gelagat malam warga kota dalam bulan februari kalau
tidak silap.masih sama,tiada apa yg berubah dunia malam minggu
di kota kuala lumpur.jalan-jalan seperti jalan p ramlee,
jalan ampang,jalan doraisamy,jalan bukit bintang sesak ketika
jam sudah menunjukkan 3pagi.dari orang melayu,cina,pak arab,
gadis-gadis urban sehinggalah golongan pondan
jelas sekali baru sahaja menikmati malam mereka.
inilah cara mereka bersosial.aku tidak mencela
tetapi hanya memerhatikan sahaja gelagat mereka.

aku sampai ke rumah pada jam hampir empat pagi begitu.
suatu malam yg panjang bagi aku tetapi penuh pengisian.
dari kenduri doa selamat seterusnya lepak minum dgn
kawan-kawan,ke bukit langat dan akhir sekali melihat
gelagat warga kota.cehmacam-macam.
huh sudah melarat pula penulisan aku ini.

oklah jumpa lagi.!

kuala lumpur,kuala lumpur kian tercemar,ceh macam lirik lagu kuala lumpur dari hujan pula.haha!

Thursday, May 14, 2009

pertama sekali

ini adalah post aku yg pertama untuk blog ini.
akhirnya aku sudah mempunyai blog sendiri.ceh!biar betul?
agak terlambat tapi tidak mengapa.

ahmadilias sudah mempunyai blog!

sebenarnya asalnya aku ingin membuat blog sejak tahun lepas lagi
tapi asyik tertangguh sahaja niat itu.tidak tahu mengapa.heh.
tapi akhirnya dapat juga aku menzahirkan blog aku sendiri kini.

sebelum ini ada juga aku mengikuti blog-blog kawan-kawan juga
individu yang sememangnya hebat dalam penulisan blog nya.
sedikit sebanyak aku dapat juga idea dan inspirasi dari penulisan
mereka itu.antaranya seperti yg ade di blog list aku la.
sgt bernas dan idealis dalam penulisan blog mereka.

ok tinggalkan tentang itu dan ini blog aku.di sini
tempatnya aku untuk menulis sedikit sebanyak tentang
pandangan,pemerhatian,atau apa-apa sahajalah yg berlaku dalam hidup aku.

jadi inilah ucapan pembukaan untuk pelancaran sulong
blog aku ini.harap kalian.eh ada org ke baca blog aku?haha
ah tidak kesah la.

ok apa pun yang penting perlahan tapi pasti.
sekian.