Tuesday, May 19, 2009

entri kedua.

huh.sudah beberapa hari tidak menulis entri baru.
mula-mula sahaja bersemangat nak menulis ketika
waktu baru membuat blog tempoh hari.ceh.jangkaan
aku meleset rupanya.sebabnya malas.itu sahaja.

inipun aku gagahkan diri sahaja untuk menulis.
sebenarnya tiada apa yg menarik untuk ditulis.
tiada apa yang hendak dikongsikan cuma minggu lepas
ada konsert akhir af(haha aku layan juga af ni).habistu
kalau sudah duduk dirumah apa mahu bikin lagi.
jadi jika tidak keluar minum bersama kawan-kawan
bercerita hal dunia itu dan ini,aku banyak menghabiskan
masa di rumah sahaja.home sweet home.

berbalik kpd konsert af pd hari sabtu minggu lepas
sebenarnya aku tidak menonton pun siarannya
kerana aku ke rumah kawan ade kenduri doa selamat.
kawan aku sekeluarga mahu mengerjakan ibadah umrah.
selamat berangkat kepada zaid sekeluarga.semoga ibadah
umrah mereka sekeluarga diberkati Allah.InsyaAllah.

selepas ke rumahnya,kami semua lepak minum spt biasa
di tempat biasa sambil menyaksikan panorama kuala lumpur.
kali ini macam reunion pun ade.ramai.semua kawan-kawan
tebaik aku ada bersama.kecuali beberapa orang iaitu
kawan-kawan politeknik yg sedang menghadapi peperiksaan.
kepada mereka selamat berjaya aku ucapkan.
nanti cuti kita lepak ramai-ramai.ok?

seterusnya aku bersama teman ke bukit langat ataupun
lebih mudah jalan hendak ke hulu langat dari ampang.
ada satu kawasan yg menjadi tumpuan dimana
dari bukit itu kita dapat melihat panorama malam
kuala lumpur dengan sangat jelas.pastinya kawasan ini
sangat popular apabila adanya acara bunga api di ibu kota.
tapi sedikit cela kerana terlalu ramai org di sana.
sudah macam tempat berpesta.mat rempit disana sini
yg berkereta lagi.sangat ramai.kami disana tidak lama.
dalam 30minit sahaja.tidak selesa pula untuk lepak disitu.

seterusnya sebelum pulang ke rumah,kami mengambil keputusan
untuk ke bandar kuala lumpur.sudah lama tidak melihat
gelagat malam warga kota.last sekali aku bersama teman-teman
melihat gelagat malam warga kota dalam bulan februari kalau
tidak silap.masih sama,tiada apa yg berubah dunia malam minggu
di kota kuala lumpur.jalan-jalan seperti jalan p ramlee,
jalan ampang,jalan doraisamy,jalan bukit bintang sesak ketika
jam sudah menunjukkan 3pagi.dari orang melayu,cina,pak arab,
gadis-gadis urban sehinggalah golongan pondan
jelas sekali baru sahaja menikmati malam mereka.
inilah cara mereka bersosial.aku tidak mencela
tetapi hanya memerhatikan sahaja gelagat mereka.

aku sampai ke rumah pada jam hampir empat pagi begitu.
suatu malam yg panjang bagi aku tetapi penuh pengisian.
dari kenduri doa selamat seterusnya lepak minum dgn
kawan-kawan,ke bukit langat dan akhir sekali melihat
gelagat warga kota.cehmacam-macam.
huh sudah melarat pula penulisan aku ini.

oklah jumpa lagi.!

kuala lumpur,kuala lumpur kian tercemar,ceh macam lirik lagu kuala lumpur dari hujan pula.haha!

No comments: