Wednesday, May 20, 2009

ENTRI BEBAS 1

ok aku ingin berkongsi sedikit pandangan tentang
dunia fesyen dari pandangan aku yg cetek pengetahuan
ini tentang fesyen.sahaja suka-suka hendak menulis.
jadi aku pilih fesyen sebagai tajuk pertama untuk
entri bebas aku yg pertama sebab ia begitu dekat
dengan kehidupan kita bukan.apa yg kita pakai.
cantik atau tidak kena atau tidak pedulikan.

ok aku mulakan dengan aku bahagikan fesyen ini kepada
dua.fesyen lelaki dan juga fesyen perempuan.
aku ingin berbicara tentang kaum lelaki punya fesyen
sahaja lah sebab kaum wanita aku kurang arif sedikit.
nanti aku kena baling kasut tumit tinggi dengan mereka.
disini aku masukkan juga pengaruh muzik dalam cara
mereka berpakaian kerana kumpulan muzik juga memainkan
pengaruh yang besar kepada perkembangan fesyen.

aku lahir pada lewat tahun 80an iaitu tahun 88 jadi
siapa yg lahir sama tahun dgn aku mari angkat tangan bersama.
ketika era ini jelas sekali zaman kegemilangan rock kapak.
bukan rock pistol mahupun rock pedang.kumpulan seperti
wings,search,lefthanded begitu dekat di kalangan kita pada
ketika ini.bapa-bapa kita pastinya masih mengingati zaman
ketika mereka memakai jaket kulit, berseluar jeans ketat,
kadangkala koyak disana sini,memakai kie keluar berjalan
di bandar-bandar.mungkin bapa kamu tidak begitu.
jika tidak pedulikan sahaja.

kumpulan rock lagenda search.style bukan mereka?

seterusnya kita beralih ke awal 90-an dimana pd zaman
ini dapat disaksikan ledakan fesyen sudah berubah.
pada masa ini adalah masa dimana ledakan muzik
grunge ataupun band-band dari Seattle menunjukkan
taring mereka.band seperti nirvana,sebadoh,dinasour jr,
mudhoney jelas begitu dekat dengan muda-mudi pada ketika ini.
pemakaian mereka ringkas sahaja.cukuplah berkasut converse,
berseluar jeans lusuh koyak rabak di sana sini,
berkemeja checkers,ataupun hanya bertshirt biasa sahaja.
rambut tidak terurus ataupun lebih senang berambut panjang.
mandi atau tidak itu aku tidak tahu.jadi pedulikan.

pada ketika ini jelas kurt cobain menjadi inspirasi golongan
muda mudi.grunge adalah muzik yg bising,bingit,kotor bunyinya.
di arena tempatan band grunge seperti butterfingers,bloodymary
,servant jamm,battlegrounds sudah mendapat tempat
dikalangan peminat musik underground pada ketika itu.


"i hate myself and i want to die-kurt cobain"


nirvana mengikut sahsiah rupa diri.haha!

ketika ini juga adalah masa dimana perkembangan kumpulan
boybands seperti backstreetboys, nsync,911,westlife,
98degrees,otown,
hanson dan banyak lagi.aku juga terjebak
dengan lagu-lagu mereka.biasalah proses pembesaran.
jika kamu tidak terjebak,pedulikan ok.

seterusnya era millenium iaitu awal 2000.seiring dengan
teknologi yg semakin maju dunia fesyen turut dipengaruhi
dgn kemajuan itu.pada ketika ini muzik hip hop dan rnb
sedang menguasai.cara berpakaian semua yg besar-besar
mereka suka pakai.atau erti kata lain berbaju fubu bersaiz XXL,
berseluar baggie londeh hingga menampakkan alur punggung,
berkasut besar rabak.memakai topi pasukan baseball
amerika syarikat seperti NY,lakers,dallas.


yo!~ yo!~ what up what up!

kita beralih kepada trend fesyen pada masa sekarang iaitu 2009.
aku tidakla arif sgt tapi dari pandangan aku sekarang
adalah pertembungan fesyen antara baru dan lama.
ada yg memilh untuk berpakaian cara org lame
dan ada juga yg memilih utk berpakaian mengikut trend terkini.
sememangnya subjektif tentang fesyen ini.
sekarang jika dapat kita lihat golongan hipster
banyak mempengaruhiperkembangan fesyen kini.
anda juga mungkin tergolong dalam golongan ini.
untuk maklumat lanjut sila klik sini







ini mungkin sahaja sekadar contoh.aku tidak spesifikkan
ia terhadap apa-apa. terpulang kepada masing-masing
mengikut citarasa anda untukberpakaian.jadi terpulanglah,
tepuk dada tanya selera.ok.jika tidak sama dengan apa yg
aku tulis ini pedulikan saja.sebenarnya banyak lagi yg aku
ingin tulis tapi tidak mengapa lah.nanti kita berbicara lagi

ok kita bertemu lagi di lain masa,
selamat!

No comments: