Monday, May 25, 2009

to be a better man

sudah beberapa hari tidak menulis.tiada mood.
banyak menghabiskan masa bersama kawan-kawan,
lepak di sana sini,bercerita itu dan ini.
biasalah tidak produktif sgt bila masa cuti-cuti begini.
padahal kalau dekat segamat bukannya aku produktif
sangat pun.pergi ke kelas dan balik ke kelas.itu sahaja lah.
tidak pandai bersosial sgt mcm org lain ke hulu ke hilir.
tapi tidak mengapalah itu bukan isunya.

jadi aku ingin luahkan tentang untuk menjadi seorang yg
lebih baik.sesuai dengan tajuk entrinya.so ini untuk aku juga.
cakap untuk diri sendiri jugak.entah kebelakangan ini aku
rasa tidak selesa tentang perasaan aku ini.tapi masih
boleh dikawal.tiada masalah.tidak buat benda-benda yg
bukan-bukan.jd tidak perlu risau.

dalam hidup ini kita sentiasa mahu untuk jadi lebih baik
dari semasa ke semasa.hari ke hari.semua orang mahu
ataupun fikir tentang hal ini.ia meliputi dari semua aspek
kehidupan.cakaplah apa sahaja.dari segi luaran mahupun
dalaman.lahiriah dan insaniah.jasmani dan rohani.
ceh melarat pula.tapi semua mahu untuk jadi lebih baik
bukan ataupun sempurna la kiranya.

sebagai contoh taraf pendidikan.semestinya kita mahu
mempunyai taraf pendidikan yg tinggi dan baik agar dapat
menjamin masa depan kita dimasa akan datang.
mahukan gaji yg besar.berkereta mewah,
punyai rumah yg selesa,pakaian yg cantik dan sepadan.
tapi ini juga bergantung kepada individu itu sendiri lah.
ada juga yg tidak kisah tentang penambahbaikan kehidupan
mereka.cukuplah dengan apa yg ada kan.

dari aspek perhubungan,pastinya semua org mahu berjaya
dalam perhubungan mereka.sama ada skop nya kecil ataupun
besar.jika org bercinta pastinya mahu hubungan cinta
mereka akan kekal sehingga ke jinjang pelamin.
membina cinta besama-sama dengan pasangan mereka.
kalau untuk org yg sudah berkahwinpastinya mahu ikatan
suami isteri mereka bersama anak-anak kekal sehingga
ke akhir hayat kan.so kita mmg hidup untuk menjadi
lebih baik dari hari ke hari.tiada manusia yg sempurna dalam
dunia ini tp kita boleh mencari kesempurnaan itu.berusahalah.

"learn from yesterday,live for today
and hope for tomorrow"

so ungkapan diatas mungkin boleh memotivasikan diri kita
untuk menjadi manusia yg lebih baik.jgn selalu negatif.
semua tidak boleh,itu dan ini ataupun banyak songeh.
mungkin sekarang kita banyak pilihan sebab tu banyak
songehnya tp bila suatu masa kita sudah tidak punyai banyak
pilihan baru tahu hendak diam mulut itu.tp aku akui aku
memang seorg yg memilih.mungkin ada baik dan buruknya.
aku tengok keadaan dan situasi lah.lagi-lagi soal memilih kekasih.
sebab tu aku bujang sampai sekarang.satu lagi faktor aku
mmg tidak tampan la kan.haha.jadi redha sahajalah.

masa untuk aku bercinta belum lagi la aku rasa.
aku pun hendak berjaya juga dalam perhubungan.
punyai seorang teman untuk berkongsi kasih dan sayang.
tp tidak mengapa kesudahan yg baik adalah utk org
yg bersabar.semoga dipertemukan dgn seorang kekasih
yg baik hati=).haha ayat sedapkan hati.

oklah panjang juga entri aku kali ini.aku tinggalkan
kalian dgn lagu dari robbie william-better man.
apa-apa pun mari kita sama-sama berusaha untuk menjadi
manusia yg lebih baik dari semua segi dari hari ke hari.
semoga berjaya.

selamat menikmati.!
kekasih yang baik hati di mana anda?

1 comment:

rahmat said...

ko da boley jd org sykologi da ni liyas.
tkr kos ar pe lg..