Monday, November 9, 2009

Datang dan pergi moga-moga berjumpa lagi

Alhamdulillah.selesai sudah pengajian aku di UiTM Segamat.
Lega dan bersyukur perjalanan diploma aku sudah berakhir.
InsyaALLAH.hari terakhir tempoh hari tidak sempat hendak
bergambar kenangan di tembok UiTM juga di simpang masuk
ke UiTM di hadapan pintu masuk.niat memang ada tapi tidak
kesampaian pula.Selepas ini tiada sebab lagi untuk aku kembali
ke Segamat.Bukan kerana aku tidak suka Segamat tetapi cukuplah
hampir tiga tahun aku di Segamat.Aku mahu merasai pengalaman
di tempat yang baru pula.Biasalah ini semua proses biasa dalam
kehidupan.datang dan pergi.

Kepada kawan-kawan Segamat, terima kasih aku ucapkan.
Minta maaf untuk salah dan silap sepanjang perkenalan kita.
InsyaALLAH kalau ada rezeki kita akan berjumpa lagi.


Nanti aku sambung cerita lagi tentang Segamat lah.Apa
yang aku rasakan,alami sepanjang tempoh pengajian disana.

Oklah.sedih pulak.
Bye!

No comments: