Wednesday, August 12, 2009

tentang kehidupan kini

Sudah agak lama tidak berbloging.ye agak lama.
hampir dua bulan.kadang-kadang rasa hendak menulis tapi malas.
kita ni kalau malas mmg tak boleh buat apa lah kan.
anyway tentang kehidupan aku kini banyak naik turunnya.
suam sejuknya.juga pahit manisnya.kehidupan kampus,
di rumah sewa,kawan-kawan yg sibuk bercerita tentang
kehebatan motor masing-masing,perempuan berseluar
pendek ketat menghisap rokok di hadapan org tuanya juga
dek bahana wabak h1n1 semuanya berlaku dalam lingkaran kehidupan ini.

ok bermula dengan kehidupan kampus.berada di semester
akhir diploma ini sibuk juga rupanya.kelas tak banyak.
empat paper je untuk semester ini.tapi tugasannya agak
menduga juga.ok jangan merungut.tak elok.
apa pun aku harapkan dapat habiskan
diploma di segamat ini dgn jayanya.insyaAllah.
tak lama dah.lebih kurang 3 bulan lagi.

Pada mulanya aku fikir menjadi pelajar non-residen ni
sgt menyusahkan,tidak menyeronokkan dan
macam-macam lagi yg kurang enak.
tapi bila sudah melaluinya kehidupan sebagai non-residen
baru aku tahu sebenarnya tidaklah seperti yg di sangkakan.
sama sahaja seperti kehidupan kolej.ada kelebihan dan
kekurangan cuma yg paling buat aku senang sekali adalah
privasinya.yelah mana ada dgr org terpekik terlolong.
pengumuman sana sini.itu buat aku rasa sgt selesa tinggal
di rumah sewa ini.makan minum biasalah
kadang-kadang masak di rumah kadang-kadang makan di luar.

Seterusnya tentang perhubungan.macam biasa aku masih bujang.
tidak terikat dgn siapa-siapa.tidak mencari cuma memerhati.haha.
lebih kepada teman rapat yg aku sgt senang sekali dengannya.
nasib baik dia juga masih bujang.jadi kami sama.tidak laku.haha.

oklah setakat ini dahulu tentang kehidupan aku kini.
nanti lah berbualtentang hal lain pula.takda apa nak diselitkan
cuma aku ada terbaca ayat yang tertulis di belakang bas london
dalam cerita apa entah aku tengok.ayatnya
'you will never forget first time'
.

selamat semua.