Friday, August 14, 2009

it's all about a game!

kalau kamu mahu bersama dia kamu pergi sahaja
aku takkan halang apatah lagi mahu menarik muka
kamu banyak sangat berdrama itu dan ini pada aku.
kamu fikir aku mahu masuk sama dalam drama yg
kamu arahkan juga lakonkan ini?sudahlah.

kamu kata macam-macam pada aku.
kamu kata kamu sayang aku
kamu kata kamu suka aku
kamu kata kamu minat aku
kamu kata kamu mahu aku
tapi sebenarnya kamu penipu.

kamu kata kamu sedih pada aku
kamu kata kamu kecewa pada aku
kamu kata kamu hiba pada aku
kamu ni banyak drama sangatlah.

kamu ingat aku ni apa
suka hati kamu sahaja nak buat itu dan ini
kamu ingat aku tak punyai akal untuk menilai
kamu ingat aku ini hanya boneka untuk gunakan.

sebenarnya dari dulu lagi aku sudah mengerti
dari dulu lagi aku sudah fahami ini semua hanya
permainan perasaan dari kamu
dan sebab itu aku tidak perlu meratapi.
cukuplah kamu pergi lah.
biar diam yang berbicara.

semoga kamu berbahagia dengan kehidupan kamu.fullstop

No comments: